PAS SETIAWANGSA BANTU GURU PASTI, SRITI
Oleh: Dhiya’ Muttmainnah
SETIAWANGSA – PAS Setiawangsa telah menyalurkan sumbangan barangan dapur kepada guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di sekitar kawasan tersebut pada 23 April lalu.
Sumbangan yang diberikan bertujuan meringankan beban perbelanjaan keperluan harian guru-guru PASTI dan SRITI yang telah banyak berjasa dalam memartabatkan nilai-nilai Islam menerusi pendidikan.
Antara yang hadir menyampaikan sumbangan ialah YDP PAS Kawasan Setiawangsa, Tuan Haji Abdul Halim Hassan dan Ketua Penyelaras, Ustaz Ubaid Akla.
“Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kehadrat Illahi di atas keizinanNya PAS Setiawangsa dapat meringankan beban para guru PASTI dan SRITI dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Semoga ibadah puasa yang dijalani pada bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua”, ujar Tuan Haji Abdul Halim.
Tambah beliau lagi, PAS Setiawangsa masih mengumpul dana agar dapat terus membantu pihak-pihak yang memerlukan terutama dalam fasa PKP yang masih berlanjutan. ini.