Home Berita PAS Wilayah

PAS Setiawangsa Bantu Ahli Fasa PKP

653
SHARE

PAS SETIAWANGSA BANTU AHLI FASA PKP

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

SETIAWANGSA – PAS Setiawangsa terus prihatin terhadap kebajikan ahli-ahli PAS di kawasan tersebut dengan menyumbang barangan dapur sempena bulan Ramadhan.

Sumbangan yang diberikan bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian ahli-ahli yang terjejas pendapatannya sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Individu-individu yang mengendalikan sumbangan ini ialah Ketua Penyelaras, Ustaz Ubaid Akla, Penyelaras Zon 1, Annuar dan Said Ali, Penyelaras Zon 2, Yusof Rahuman dan timbalannya Mamat Zainal serta Penyelaras Zon 3, Subhan Djupri.

Sumbangan berkenaan telah diberikan kepada mereka yang memerlukan mengikut zon melalui penyelaras masing-masing.

“Besar harapan agar aktiviti seperti ini mendapat perhatian masyarakat yang dermawan untuk turut sama membantu mereka yang sedang dalam kesempitan sepanjang musim PKP ini”, ujar Ustaz Ubaid Akla.

Sumbangan sebegini akan diteruskan secara berperingkat pada masa akan datang dan PAS Setiawangsa sangat mengalukan sumbangan dana daripada orang ramai agar lebih ramai dapat dibantu.