Home Artikel PAS Negeri Sembilan

PAS Seremban anjur Ijtimak Pilihanraya 28-29 Oktober ini

983
SHARE

AMPANGAN, 19 Oktober – PAS Kawasan Seremban akan menganjurkan sebuah Ijtimak Pilihanraya PascaFastaqim peringkat Parlimen Seremban pada 28 hingga 29 Oktober ini di Markaz PAS Ampangan, dekat sini.

Menurut Pengarah Program tersebut, Saudara Army Saffuan Abdul Rahman, di samping mengambil semngat dari Himpunan Fastaqim 2.0 yang diadakan di Pantai Tok Jembal baru-baru ini, Ijtimak tersebut juga bertujuan untuk menyemai dan memupuk aqidah perjuangan yang benar.

Di samping itu, ia juga bertujuan menyuntik semangat kepada jentera-jentera pilihanraya DUN bagi menghadapi Pilihanraya Umum khususnya di Parlimen Seremban dan DUN-DUN di dalamnya.

Tambah Saudara Army Saffuan lagi yang juga merupakan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri, Negeri Sembilan, Ijtimak yang berlangsung selama 2 hari ini akan bermula pada 6 petang dan berakhir pada 9 pagi keesokan harinya.

Antara pengisian yang akan disediakan ialah Taujihat Kepimpinan, Pidato-pidato wakil DUN, Taklimat Khas sempena Pilihanraya, Qiyamullail dan Munajat, serta Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Seremban.

Semua ahli diseru untuk menghadirkan diri bagi menyatakan kesediaan PAS untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang khususnya dalam menawan Parlimen Seremban dan DUN-DUN di dalamnya.

Untuk rekod, Parlimen Seremban dengan kod kawasan P128 merupakan satu-satunya Kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah DUN terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 6 buah DUN. Keenam-enam DUN tersebut ialah DUN Lenggeng (N09), DUN Nilai (N10), DUN Lobak (N11), DUN Temiang (N12), DUN Sikamat (N13) dan DUN Ampangan (N14).