Home Berita PAS Sarawak

PAS Senadin Edar Bubur Lambuk

698
SHARE

Sabtu, 3 Jun 2017: Sekian kalinya PAS Cawangan Senadin, Miri bersama masyarakat bergotong royong menyediakan lebih 200 pek bubur lambuk buat juadah sungkei.

Program bermula seawal jam 2 petang diadakan di Markaz PAS Senadin di Permyjaya.

Program tahunan sempena Ramadhan ini bertujuan memberi makan untuk berbuka buat masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam.

“PAS semakin dikenali melalui bubur lambuk sepanjang Ramadhan. Inilah dakwah kami, kerja kebajikan kami dalam menyantuni masyarakat setempat melalui bubur. Bubur menjadi alat yang menyatukan masyarakat tidak kira agama bangsa dan warna kulit,” kata Saudara Muhammad Afiq bin Mhd Khazar, Ketua Cawangan PAS Senadin.

PAS membuktikan Parti ini bersungguh dalam melaksanakan agenda kebajikan untuk masyarakat di Sarawak.

Sejahtera Bersama Islam

PAS Cawangan Senadin
PAS Kawasan Miri

 

{jathumbnail off}