Home Berita PAS Sabah

PAS Semporna anjur mesyuarat agung tahunan penuh meriah

909
SHARE

Oleh : Aizal Samsaruddin
18 Mac 2019

SEMPORNA : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Semporna telah berlangsung semalam di PASTI Nur Aman, Kampung Damai dekat sini.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohammad Husain itu berlangsung penuh meriah yang turut dihadiri perwakilan daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Semporna dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Semporna.

Beliau dalam ucapan perasmian yang menyentuh tentang perutusan daripada Presiden PAS untuk semua pimpinan yang melaksanakan mesyuarat agung tahunan kali ini.

Haji Mohammad turut menegaskan agar semua ahli kena menjaga hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli dan pimpinan. Setiap masalah kena diselesaikan melalui cara yang terbaik yang meraih keredhaan Allah.

“Gerak Kerja Islam hendaklah kemas dan profesion serta disiplin dalam segala hal. Maka itu, setiap pemimpin dan ahli perlu menjaga silaturrahim jangan ada persengketaan dalam kalangan kita yang menyebabkan terhalang berkat yang ada pada jemaah. Dan perlulah ikhlas dalam bergerak kerja jangan ada yang culas mahupun bermalas-malasan,” ujar beliau.

Diakhir mesyuarat, Yang DiPertua PAS Kawasan Semporna, Tuan Mohammad Said Abdul Mutalib turut menyampaikan amanat kepada semua perwakilan yang hadir agar sentiasa bekerjasama dalam kepimpinan parti. Sentiasa bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul agar dapat meraih gerak kerja yang professional.

“Sesi baharu kali ini hendaklah kita harmonikan gerak kerja kita, bekerjasamalah sesama pimpinan jangan ada sikap suka menuding jari dengan meletakkan kesalahan dibahu pimpinan lain. Sentiasa membantu dalam segala hal agar kita semua dapat bergerak kerja secara professional dan telus,” ujar Yang DiPertua.

Mesyuarat yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu telah tamat pada pukul 12.45 tengahari dan diakhiri dengan perlantikan ahli jawatankuasa PAS Kawasan yang baru dengan menampilkan wajah baru dalam kepimpinan iaitu Saudara Aizal Samsaruddin selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan dan Tuan Shakir Mohd Isa selaku Ketua Urusan Ulamak.