“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Shah Alam | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor turut serta dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Palestin yang diadakan secara atas talian oleh PAS Pusat melalui PAS Relief dan Aid4Palestine yang menguruskan dana tersebut.
Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi yang mewakili PAS Selangor telah menyerahkan sumbangan dari ahli-ahli seluruh PAS Selangor melalui PAS Kawasan-kawasan dengan mengumpulkan dana sebanyak RM563,502.00 sahaja.
Memetik ulasan yang disampaikan oleh Dato Dr Yunus, beliau menzahirkan komitmen untuk terus menyumbang kepada Palestin. Tambahan proses pembinaan semula negara dan penempatan selepas peperangan merupakan suatu yang lebih berat. Sahabat Palestin bukan hanya menanggung beban kehidupan yang hancur bahkan jiwa mereka dan keluarga dikorbankan demi mempertahankan kesucian ini.
“InshaAllah PAS Selangor akan meneruskan lagi kutipan sumbangan ini. Solidariti kepada bumi Palestin akan berterusan. Sebagai satu tanggungjawab individu muslim terhadap bumi suci ini dan kiblat pertama umat Islam”, ujar beliau lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor