Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
SELANGOR, 24 Ogos – Seorang wakil daripada Lajnah Kebajikan PAS Negeri Selangor sempat turun menyampaikan sumbangan 100 bungkus ubat-ubatan asas kepada Dr Tuan Hj Asyraf Suarin.
Menurut laporan beliau akan berangkat ke Kedah pada hari Jumaat nanti untuk mengagikan ubat-ubatan percuma kepada 100 orang mangsa banjir di Yan, Kedah.
“Ikut harga ubatan terkini, satu bungkus ubatan begitu berharga RM80”, katanya.
Semoga beliau bersama pasukan yang membawa bantuan tersebut selamat tiba disana dan juga semoga Allah SWT memberi perlindungan kepada semua para sukarelawan yang menjalankan misi bantuan disana.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor