Home Berita PAS Selangor

PAS SELANGOR MENGECAM SEKERAS-KERASNYA SERANGAN REGIM TENTERA ZIONIS ISRAEL TERHADAP MASJID AL-AQSA DI PALESTIN

152
SHARE

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam sedang beribadah pada malam tadi. Sebelum ini, tentera zionis telah berbalas serangan dengan rakyat Palestin di Bandar Huwara yang terletak di Tebing Barat.

Tindakan tentera rejim Israel itu merupakan satu tindakan biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam di Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Perbuatan biadap, keji dan tidak berperikemanusiaan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang berpuasa.

PAS Selangor mengajak semua wakil agama di negara ini mengecam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu yang telah mencemarkan kesucian Masjid Ketiga yang mulia dalam Islam atas dasar keadilan dan kemanusiaan sejagat.

PAS Selangor konsisten dalam mempertahankan aqidah Islam dan umatnya serta bertegas menolak kewujudan Israel sebagai sebuah negara berdaulat di rantau Asia Barat.

NUSHI BIN MAHFODZ

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Rabu 5 April 2023 | 14 Ramadan 1444