Home Berita PAS Perak

PAS sasar terus kekal jadi Kerajaan Negeri Perak

149
SHARE

PADANG RENGAS: PAS yang pernah tadbir Negeri Perak sebelum ini mensasarkan untuk mentadbir semula selepas Pilihanraya ke 14 nanti.

Timbalan Pesuruhjaya Satu PAS Negeri Perak, YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin berkata PAS pernah diberi peluang mentadbir Negeri Perak sebelum ini susulan daripada kehadiran Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, memberi ceramah di Bagan Serai, Masjid Tinggi Gunung Semanggol.

“Kali ini kita mengharapkan semoga asbab kehadiran Tuan Guru ke Lubuk Merbau ini, kita diberi peluang sekali lagi bersama masyarakat untuk berkhidmat menabur bakti kepada mereka,” ujarnya.

Beliau berucap demikian dalam program Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0 Negeri Perak, yang telah berlansung di Dewan Millenium Lubuk Merbau, disini semalam.

Dalam majlis yang sama, PAS telah menerima sebanyak 1,500 borang permohonan keahlian baharu dari Negeri Perak sahaja.

PAS Kawasan Tambun merekodkan kejayaan apabila dinobat sebagai tempat pertama PAS kawasan Negeri Perak yang berjaya mendaftarkan ahli baharu teramai sepanjang tahun ini dengan pendaftaran seramai 247 orang.

Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh PAS Kawasan Lumut dan PAS Kawasan Bukit Gantang dengan rekod pendaftaran ahli baharu kawasan masing-masing sebanyak 238 orang dan 206 orang.

Selain itu, PAS Negeri Perak juga telah menganugerahkan pendaftaran keahlian tertinggi untuk tempoh sebulan kempen PAS Pilihanku 4.0 sepanjang september ini kepada PAS Kawasan Larut dengan rekod sebanyak 419 orang.

Disusuli dengan PAS Kawasan Kuala Kangsar tempat kedua dengan pendaftaran ahli baharu sebanyak 192 orang dan PAS Kawasan Gopeng sebanyak 165 orang ditempat ketiga.