Home Berita PAS Sarawak

PAS Sarawak Agihkan RM46550 Bantuan PKP

1394
SHARE

  

PAS Sarawak telah berjaya menyampaikan sumbangan sebanyak RM46550 sepanjang tempoh pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan sehingga kini (PKP ke-2). Sumbangan ini telah simpanan ke seluruh negeri Sarawak oleh PAS Kawasan seperti di Petrajaya, Kota Samarahan, Batang Lupar, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.

Agihan tersebut diberi keutamaan kepada mereka yang sangat memerlukan kerana tempoh pertama PKP yang lepas ramai yang secara langsung terputus bekalan makanan ekoran tiada sumber pendapatan. Sementara menunggu insentif kerajaan, rakyat dibawah sangat memerlukan bekalan makanan dan ini adalah usaha PAS seluruh Sarawak bagi memastikan golongan yang terjejas ini dapat dibantu.

Lebih membanggakan, sumbangan ini telah digerakan dan disampaikan oleh Pemuda PAS melalui patform Jabatan Amal yang mendapat perhatian melalui initiatif mereka mencipta face shield buatan sendiri untuk keperluan frontliner di Hospital Umum Sarawak, Klinik Kesihatan Samarahan, Hospital Serian dan Hospital Miri selain menyumbang alat keperluan di Pusat kuarantin di Bintulu.

Walaupun perlu mematuhi peraturan pihak berkuasa sepanjang agihan ini, mereka telah berjaya mengagihkan sumbanan ini sebaiknya malah lebih membanggakan pihak berkuasa mereka juga menziarahi serta memberi sumbangan seperti makanan dan minuman kepada pihak Polis dan BOMBA seperti di Bintulu.

Bantuan PAS Sarawak ini akan diteruskan dalam peringkat seterusnya dan penyusunan gerak kerja yang lebih sistematik akan dilaksanakan. Selain itu, PAS Sarawak memandang berat keperluan utama masyarakat Sarawak terutama di luar bandar ketika musim agihan atau pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

PAS Sarawak menggesa kerajaan pusat dan negeri untuk segera melihat penyelesaian kepada pemasalahan rakyat yang perlu beratur panjang untuk mengeluarkan duit di mesin ATM yang kebiasaannya hanya terdapat satu bank sahaja di kawasan luar bandar disamping cabaran mereka berdepan PKP.

Zharudin Narudin
Ketua Penerangan PAS Sarawak