Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan teruskan momentum kebajikan di bulan Ramadan

1135
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
30 April 2020

SANDAKAN : Sungguhpun bulan Ramadan menjelang tiba, umat Islam perlu menahan lapar dahaga, namun PAS Sandakan tetap meneruskan bantuan barangan dapur kepada umat Islam yang memerlukan.

Malah ia digiatkan lagi sempena bulan mulia ini lebih-lebih lagi aktiviti kebajikan itu mampu meraih pahala yang besar sebagaimana yang dijanjikan Allah.

Kenyataan tersebut diberikan oleh Yang DiPertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid ketika menyampaikan sumbangan Pek Barangan Dapur kepada fakir miskin di Kampung Letat Jaya, Sandakan semalam.

Katanya yang juga Timbalan Pesruhjaya PAS Sabah itu, PAS Sandakan telah melancarkan Misi Kasih Ramadan (MKR) pada hujung bulan Sya’ban lalu dengan mengumpulkan sumbangan kewangan orang ramai bagi membiayai kerja kebajikan tersebut.

“Salah satu aktiviti MKR ialah menyampaikan sumbangan Pek Barangan Dapur kepada fakir miskin disamping mengedarkan Pek Sungkai (berbuka puasa) kepada yang memerlukan,” tambah Sahar.

“Sabtu lalu kami telah edarkan kira-kira 300 Pek Sungkai kepada saudara-saudara seislam kita dalam daerah ini, manakala hari ini pula 150 Pek Barangan Dapur diedarkan dan misi ini akan diteruskan sepanjang Ramadan,” jelasnya lagi.

Sahar turut mengalu-alukan derma daripada seluruh rakyat kerana program kebajikan seumpama ini memerlukan dana yang besar bagi membantu ramai pemohon yang menderita kesempitan makanan.

“Salurkan ke akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, 10043010001846 jika ada yang berhajat untuk menyumbang,” ujarnya ketika ditanya nombor akaun bank untuk sumbangan tersebut.