Home Artikel PAS Sabah

PAS Sabah rakam ucapan tahniah atas pelantikan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu

321
SHARE

PAS Negeri Sabah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Zaini Jass atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Omar Mammah yang bersara wajib.

PAS Sabah mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau serta mendoakan agar dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah SWT serta diberikan kekuatan dan kesihatan tubuh badan dalam memikul tugas memimpin pasukan PDRM di Sabah.

PAS Sabah juga berharap agar seluruh institusi dan rakyat negeri Sabah dapat memberi kerjasama yang penuh kepada beliau bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Selamat bertugas kepada Datuk Zaini Jass. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya
PAS Negeri Sabah
14 Februari 2020