Home Artikel PAS Pahang

PAS Rompin prihatin peniaga bazar dilanda ribut

50
SHARE

Oleh: KHAIRUL IZWAN

MUADZAM SHAH, 27 Apr: PAS Kawasan Rompin menyampaikan sumbangan orang ramai kepada para peniaga sekitar mini bazar depan Mr DIY Muadzam Shah petang semalam.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad.

Para peniaga tersebut telah diuji dengan kemusnahan barang perniagaan akibat dilanda hujan lebat dan ribut pada 20 April lepas.

Sebanyak 9 pemilik gerai menerima sumbangan sebagai tanda keprihatinan PAS Kawasan Rompin terhadap para peniaga terbabit.