Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
π£ππ¦ π₯ππππ π§πππ‘πππ π£ππππ‘π§ππππ‘ π£ππ₯πππ‘π π ππ‘π§ππ₯π ππ-π΅
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan YB Datoβ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Datoβ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini.
PAS menyeru semua pemimpin dan rakyat untuk menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ini, bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.
βISLAM MEMPERKUKUH PERPADUANβ
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Tarikh: 11 Muharram 1443 / 20 Ogos 2021