Home Berita PAS Wilayah

PAS raih peningkatan undi mendadak

Oleh Dhiya' Muttmainnah

259
SHARE

BATU, 26 Mac: Data telah menunjukkan empat kerusi parlimen yang diwakili oleh calon PAS di Wilayah Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah mendapat peningkatan undi yang sangat cemerlang berbanding PRU-14.

Kerusi yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika berucap di Muktamar Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan kali ke-40 pagi ini adalah Parlimen Wangsa Maju, Batu, Titiwangsa dan Lembah Pantai.

“Kemaraan PAS dan Perikatan Nasional sehingga ada yang menggelar Tsunami Hijau turut dirasai oleh empat kerusi ini dengan peningkatan sebanyak 87% bagi Wangsa Maju, 121% bagi Batu, 112% bagi Titiwangsa dan 261% bagi Lembah Pantai”, jelas beliau.

Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan itu juga turut menyatakan bahawa PAS dan Perikatan Nasional telah mendapat jumlah undi yang tinggi bukan sahaja bagi kawasan taburan penduduk kelas menengah, bahkan di lokaliti penduduk berpendapatan kelas atas.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, PRU-15 bukanlah pengakhiran perjuangan bahkan segala sumbangan mahupun pengorbanan dalam mendaulatkan Islam ini sebenarnya adalah satu bentuk amal yang akan dinilai di akhirat kelak.