Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan ziarah masyarakat TiongHua sempena Tahun Baru Cina

88
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
1 Februari 2022

PUTATAN : PAS Kawasan Putatan telah menziarahi masyarakat TiongHua di Pangsapuri Tanjung Aru pada Ahad sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Muhammad Akmal Othman, majlis yang ringkas ini diadakan untuk menjalinkan bekerjasama dan membantu masyarakat yang susah serta golongan warga emas.

“Tidak hanya fokus kepada perayaan Tahun Baru Cina, tetapi seperti biasa PAS sentiasa menjalankan kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan dan membantu rakyat yang memerlukan dalam kawasan Parlimen Putatan,” kata Akmal ketika ditemu ramah oleh RTM.

“PAS Putatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikan. Mudahan-mudahan tahun mendatang ini kehidupan menjadi lebih baik sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan beras dan limau bagi membantu meringankan beban mereka menyambut perayaan kali ini.

Turut hadir bersama, Ketua Penerangan PAS kawasan, Zulzaiem Abidin, Setiausaha Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB), Samsul Mahmud dan Kapitan Masyarakat Cina Kawasan Tanjung Aru, David Leong.