Home Rencana PAS Wilayah

Perutusan Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 | PAS Kawasan Batu

168
SHARE

 

PERUTUSAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; terutamanya warga P115 Parlimen Batu.

Hidup di ibu kota negara saban hari semakin mencabar. Isu kos sara hidup, keselamatan, sosial, perumahan dan kesesakan lalu lintas sering menghambat kehidupan kita sehari-harian. Namun, hanya dengan kesabaran dan permuafakatan serta Islam sebagai panduan, kita pasti boleh melakukan suatu perubahan yang lebih baik.

Marilah sama-sama kita usahakan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah wilayah qudwah hasanah, wilayah mampan, wilayah ilmu dan wilayah perpaduan justeru menjadi tempat yang terbaik untuk kita hidup bahagia bersama pasangan, anak-anak dan ahli keluarga kita.

Sekian.

”Kita Sejahtera Bersama”
“Islam Menyatukan Ummah”

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,
Yang Dipertua PAS Kawasan Batu,
Penyelaras Parlimen Batu (PAS)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=302292025266448&id=100064569584708

Like | Share | Follow :
https://linktr.ee/PASKawasanBatu