Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan Ziarah Masyarakat PPR Keramat

39 views
SHARE

Oleh : Mohd Shawizal bin Mohd Wasli
30 September 2019

PUTATAN : Lajnah Kebajikan PAS Putatan meneruskan tradisi ziarah warga masyarakat putatan. Ziarah kali ini bertempat di Program Perumahan Rakyat(PPR) Semarak Putatan pada 28 September 2019.

Program ziarah ini melibatkan 10 orang petugas daripada Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Pemuda serta Dewan Muslimat PAS kawasan Putatan. Turut serta dalam program, Hawwa ‘Athiyah selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS kawasan Putatan.

Sebanyak 5 buah keluarga yang diziarahi, terdiri dari golongan miskin, warga tua, orang kurang upaya (OKU), dan ibu tunggal. Mereka menerima sumbangan berbentuk keperluan asas iaitu beras, minyak, gula, garam, biskut dan tepung.

Antara yang diziarahi adalah keluarga Maimunah iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai 9 orang anak dan hanya mempunyai pendapatan bulanan RM600 bekerja sebagai pembantu di kedai roti. Terdapat seorang sahaja anak beliau yang bersekolah manakala anak yang lain tercicir daripada mendapatkan pendidikan akibat kesempitan hidup yang dilalui.

Justeru, Skuad Prihatin bercadang untuk memanjangkan permasalahan keluarga ini kepada agensi dan pihak berkenaan bagi memastikan keluarga ini memperolehi bantuan yang sewajarnya.

PAS Putatan juga bertekad meneruskan lagi program seperti ini agar dapat merasai denyut nadi serta permasalahan masyarakat sekitar disamping mempromosikan aktiviti-aktiviti Kebajikan PAS melalui Skuad Prihatin.