Home Artikel PAS Sabah

Jabatan Amal sertai Gotong Royong Perdana Putatan

54 views
SHARE

Oleh: AHMAD FAIDHI MAWARDI
29 September 2019

PUTATAN: Majlis Daerah Putatan telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana Putatan sempena World Cleanup Day pada hari kelmarin. Turut terlibat adalah Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah Kawasan Putatan yang diketuai Mohd Azri Bin Mohd Ridhwan, Komandan Jabatan Amal Kawasan Putatan.

Program ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan ini bebas sampah dan memupuk semangat kerjasama antara komuniti setempat.

Unit Amal yang turun pada hari tersebut, turut menyapu, mengutip sampah serta membersihkan longkang kawasan sekitar.

Selain itu, program ini juga melibatkan pelbagai agensi kerajaan, syarikat-syarikat konsesi yang berdaftar dengan MDPTN, PDRM, Bomba, ATM (Kem Lok Kawi), RELA, JPAM, UPPM, Ketua Kampung, MPKK, Sekolah rendah dan menengah dan badan-badan NGO kawasan Putatan.

Program ini telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datuk Uda Sulai Adun N18 Putatan di Perkarangan Golden Center Putatan.

“Diharapkan program ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang dengan penglibatan orang ramai daripada masyarakat Putatan.” Kata Mohd Azri.