Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan santuni ‘frontliners’ edar juadah sahur

173
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad
18 April 2021

PUTATAN : Bagi menghargai khidmat bakti petugas barisan hadapan, PAS Putatan telah berinisiatif menyampaikan juadah sahur kepada wira negara ini dalam program ‘Singgah Sahur Bersama Frontliners’.

Progran yang bermula seawal pukul 3.00 pagi semalam itu, telah melibatkan petugas barisan hadapan di Pusat Kawalan PKPD Kampung Meruntum dan Jabatan Penjara Malaysia Pusat Kota Kinabalu.

Pengarah program, Mohd Khairul Putra berkata, inisiatif yang melibatkan anggota PDRM, Rela dan ATM itu bagi menghargai pengorbanan wira-wira barisan hadapan dalam perjuangan membendung penularan wabak Covid-19.

“Saya berharap sumbangan daripada PAS Putatan ini dapat menyuntik semangat untuk mereka meneruskan usaha gigih menentang penularan wabak Covid-19 yang masih di tahap membimbangkan,” ujarnya.

Tambahnya, program ini akan diteruskan dengan tiga siri semuanya dengan sasaran yang berbeza yang turut memberi tumpuan kepada golongan gelandangan dan golongan yang memerlukan.

Katanya lagi, bagi mengimarahkan Ramadan, PAS Putatan juga akan meneruskan program Ihya’ Ramadan seperti edaran bubur lambuk dan sumbangan bakul makanan.