Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan hulur bantuan awal kebakaran Kampung Meruntum

45
SHARE

 

Oleh : Nursam Mohammad
17 Mei 2021

PUTATAN : 81 orang mangsa yang melibatkan 52 keluarga di Kampung Meruntum Putatan kehilangan rumah dalam kebakaran 15 Mei lepas, mendapat perhatian Parti Islam Se-Malaysia PAS Kawasan Putatan.

Sumbangan berbentuk keperluan makanan, kelengkapan sembahyang, dan kelengkapan alatan kebersihan diri disampaikan oleh AJK PAS Kawasan Putatan diketuai oleh Mohamad Nazir Ramlan.

“Kami mengambil maklum dan mengambil inisiatif menyediakan bantuan keperluan segera untuk mangsa kebakaran di Kampung Meruntum ini, kata Nazir Ramlan.”

“Oleh itu, kami mengumpul sumbangan dan terus mengedarkannya sejak semalam”, tambahnya lagi.

“Kami PAS Kawasan Putatan akan terus bersiap-siaga sekiranya bantuan kecemasan berbentuk kebajikan diperlukan”, katanya selepas menyerahkan sumbangan itu, hari ini.

Nazir turut menyeru agar orang ramai di tempat lain mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.

Kejadian kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 5.00 petang, 15 Mei lepas dapat dikawal oleh Jabatan BOMBA kira-kira jam 9.00 malam. Penghargaan buat para anggota BOMBA yang bertungkus-lumus melawan api yang marak, walaupun menghadapi kekangan tekanan air yang rendah.

81 orang mangsa kebakaran tersebut ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Bencana Kebakaran di Dewan PPR Taman Sri Serigai dan Sri Keramat Putatan.