Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Puchong
Oleh : Umar Al-Hayawi
PUCHONG, 14 Oktober – Dalam keadaan Institusi Masjid sedang memulakan fasa pengimarahan dengan kelonggaran dalam sektor sosial, PAS Cawangan Taman Sri Serdang tidak lupa untuk membantu golongan memerlukan.
Sumbangan disalurkan kepada Masjid Kompleks Pertanian dalam bentuk barang keperluan asas dalam gerobok rezeki untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan . Sumbangan disempurnakan oleh Ketua Cawangan PAS Taman Sri Serdang, Tuan Haji Hafiz.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban masjid dalam menyediakan barangan ke dalam gerobok rezeki dan juga semoga mereka yang menerima sumbangan daripada gerobok rezeki tersebut dipermudahkan urusan harian mereka.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor