Home Rencana PAS Selangor

Kerajaan pasti bertindak elak ulangi kehilangan Pulau Batu Puteh – PAS Bangi

86
SHARE

May be an image of map and text that says "Tampok Benut Ayer Baloi Kayu Ara Pasong Gunung Pul Recreationa Forest Weste Section Pontian District Pekan Nanas Pulau Pisang, Pontian J110 Rambah Teluk Kerang Penerok Kukup"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : PAS Kawasan Bangi

Terserlah pentingnya bahan arkib, catatan sejarah, dokumen perjanjian serta undang-undang berkaitan.

Kami yakin kerajaan hari ini akan melakukannya, buktinya minggu lalu kerajaan sudah bertindak untuk mengembalikan Pulau Batu Puteh.

Pulau Pisang terletak 15 kilometer dari Pontian Kechil, Johor menempatkan sebuah rumah api yang dikendalikan oleh Singapura.

Dibina pada 1914 untuk memudahkan pelayaran di Selat Melaka.

Perjanjian pada tahun 1900 dengan Inggeris memberi hak kepada Kerajaan Inggeris di Singapura ke atas sebidang tanah yang menempatkan rumah api dan jalan aksesnya.

Bila Singapura berpisah dari Malaysia pada 1965, Malaysia ambil alih pulau tersebut sementara pengurusan rumah api kekal dengan Singapura.

Pada 2003, Menteri Luar Singapura mengakui kedaulatan Malaysia ke atas pulau tersebut, namun mengekalkan bahawa rumah api mesti terus di bawah pengurusan Singapura.

Bagi memperkukuh kedaulatan, bermula 2002 pekerja rakyat Singapura perlu melalui pemeriksaan kastam di Kukup untuk pergi ke pulau tersebut, sebelum daripada tahun tersebut bebas pergi, tidak perlu melalui pemeriksaan.

Kita harap Malaysia dapat menjaga pulau ini daripada terlepas. Catatan sejarah, bahan arkib dan undang-undang berkaitan ternyata amat penting dalam menjaga hak dan kedaulatan negara.

Kami yakin Kerajaan Malaysia hari ini akan bertindak, buktinya minggu lepas antara tiga keputusan Jemaah Menteri ialah berkaitan Pulau Batu Puteh.

Doakan Malaysia berjaya. Aamiin.

14 Oktober 2021 | 7 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor