Home Artikel PAS Sarawak

PAS Prihatin: Ziarah Susulan MOSWAY Kampung Hulu, Sebuyau

348
SHARE

Oleh: Neena Mos

Sebuyau, 26 Julai 2020 – Lajnah Kebajikan dan Masyarakat Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) telah melaksanakan ziarah susulan MOSWAY dan sekaligus menyampaikan sumbangan yang berupa barangan keperluan asas kepada 10 buah keluarga di sekitar kawasan Kampung Hulu, Sebuyau semalam.
Sasaran penerima adalah terdiri daripada golongan MOSWAY iaitu, miskin, OKU, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim. ⁣

Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNS, Diana Bakar yang berupa sekampit beras dan beberapa kit barangan keperluan asas yang lain. ⁣

Diana Bakar yang juga merangkap Ketua Muslimat PAS Batang Sadong mengatakan aktiviti sumbangan ini merupakan sebuah inisiatif Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNS untuk membantu meringankan beban masyarakat sekaligus melakukan ziarah susulan kepada mereka yang memerlukan.

Muslimat PAS Sarawak menyeru semua rakyat Malaysia untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan memandangkan terdapat kes aktif yang dikesan di Samarahan.