Home Berita PAS Sarawak

PAS Prihatin Penduduk Rumah Panjang

624
SHARE


Oleh : Wanee Doni

Bintulu, 13 April : Penduduk rumah panjang yang bertempat di Tatau menerima bantuan dan sumbangan makanan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) bersama PAS Kawasan Bintulu semalam.

Serahan sumbangan yang bernilai RM1800 itu mengandungi beberapa keperluan makanan asasi seperti beras, gula, minyak dan lain-lain telah dihantar melalui Jabatan Amal Bintulu.

Sumbangan telah disampaikan kepada Tuai Rumah Achau Mujah yang juga merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak untuk diserahkan kepada 50 keluarga di rumah panjang tersebut dan sekitarnya.

Menurut Achau Mujah, ramai keluarga yang terjejas pendapatan akibat wabak yang melanda negara dan menyeru agar semua rakyat sentiasa patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini.

PAS sentiasa prihatin dan cakna terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat malah orang ramai yang ingin menyertai program kebajikan itu boleh menyalur sumbangan melalui akaun Bank Islam atas nama Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak – 11013010073531.