Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Port Dickson anjur isi petrol percuma:100 orang ‘rider’ P-Hailing terlibat

170
SHARE

OLEH : RUSILAH MD SOM

PORT DICKSON, 8 OGOS: PAS Kawasan Port Dickson telah menganjurkan program mengisi petrol secara percuma kepada lebih 100 orang ‘rider’ P-Hailing, di sini petang semalam.

Program yang bermula jam 3 petang itu telah di sempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar dan Yang Dipertua PAS (YDP) Port Dickson Abdul Fatah Zakaria bertempat di Stesen Minyak Shell NR Talang Enterprise, Batu 6 di sini.

Menurut Abdul Fatah, 100 orang ‘rider’ P- Hailing adalah mereka yang bekerja menghantar makanan di sekitar kawasan sekitar Port Dickson yang antaranya menggunakan sistem penghantaran seperti Grabfood, Food Panda, McD Sunggala dan Halo.

Tambah beliau lagi, program isi petrol percuma tersebut bagi meringankan beban kakitangan P-Hailing yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Sekurang-kurangnya pihak PAS turut bersama dengan memberi sokongan moral dan menyokong usaha mereka yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda yang tinggal di sekitar Port Dickson,” katanya lagi.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PAS Port Dickson, Ramli Ismail, beberapa orang petugas Jabatan Amal PAS Port Dickson dan tidak ketinggalan pihak Pengurusan Shell NR Talang Enterprise serta kakitangannya yang membantu melancarkan perjalanan program.

YDP Abdul Fatah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dalam bentuk sumbangan kewangan, tenaga dan masa bagi menjayakan program tersebut.