Home Berita PAS Sarawak

PAS Petra Jaya Rakam Tahniah Atas Perlantikan Pesuruhjaya Polis Sarawak Yang Baharu

964
SHARE

PAS Kawasan Petra Jaya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Amer Awal atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang bertukar ke Selangor sebagai Ketua Polis Negeri.

Datuk Amer Awal yang merupakan bekas Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan Am) memulakan tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak secara rasmi pada 17 Julai lalu.

PAS Kawasan Petra Jaya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau serta mendoakan agar dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah SWT, juga diberikan kekuatan dan kesihatan tubuh badan dalam memikul tugas memimpin pasukan PDRM di Sarawak.

PAS Kawasan Petra Jaya juga berharap agar seluruh institusi dan rakyat Negeri Sarawak dapat memberi kerja sama yang penuh kepada beliau bagi menanggani segala kes jenayah yang berlaku di negeri ini. PAS Kawasan Petra Jaya menyatakan komitmen untuk sedia berkhidmat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi membantu pihak polis memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Selamat bertugas kepada Datuk Amer Awal. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

Ketua Penerangan,
PAS Kawasan Petra Jaya

 

 

{jathumbnail off}