Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS PERMATANG PAUH ZIARAH AHMAD SAAD DISERANG STROK

2523
SHARE

Oleh Jamsari Samad

21 Feb 2019 l Khamis l Permatang Pauh

Yang Di Pertua PAS Kawasan Permatang Pauh Tuan Hj Omar Hasan bersama kepimpinan PAS kawasan hari ini menziarahi mantan Ketua Pemuda UMNO P.Pinang & Adun Permatang Pasir Datuk Ahmad Saad yang diserang stroke sejak lapan tahun lalu.

Kesan daripada stroke ini menyebabkan beliau lumpuh sebelah badan dan kini berada dirumahnya di Jalan Baru Perai.

Turut hadir Tuan Hj Amer Hamzah Hashim Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan dan Saudara Mansor Che Dan Setiausaha PAS Kawasan & Ust Khubri Awang Naib Ketua Cawangan PAS Jalan Baru.

Menyambut ketibaan rombongan Pas Permatang Pauh ialah isteri beliau.

YDP juga memberi kata-kata semangat pada beliau dan keluarga semua ini ujian daripada Allah S.W.T

Diakhir pertemuan Setiausaha PAS Kawasan Ust Mansor Che Dan membacakan doa.