Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis Tubuh Tabung Bencana Covid-19

305
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 5 Jun: Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis menubuhkan Tabung Tabung Bencana Covid-19 PAS Perlis sebagai menyahut saranan di peringkat pusat.

Pesuruhjayanya, Mohd. Shukri Ramli berkata, keseluruhan kutipan tabung berkenaan akan digunakan bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik yang sedang melanda negara pada ketika ini.

“Selaras dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, PAS negeri akan menyelaras kutipan dana ini secara sistematik meliputi semua Kawasan, Cawangan, Dewan, ahli-ahli PAS dan orang awam.

“Justeru, saya menyeru seluruh rakyat di negeri ini untuk sama-sama membantu mereka yang terkesan dengan menyalurkan sumbangan kewangan ke akaun BIMB bernombor 090 100 100 55563 atas nama Parti Islam SeMalaysia (PAS) Perhubungan Negeri Perlis,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Maklumat sumbangan menurutnya, hendaklah dimaklumkan kepada Bendahari PAS Perlis melalui WhatsApp di talian 019-4546440 untuk tujuan rekod.