Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis Sokong Penuh Ucapan Dasar Presiden

1156
SHARE

Oleh : Nur ‘Iffah

KUANTAN : Usah dibiarkan rasa dendam di hati memusnahkan masa depan Islam dan Malaysia. Kewujudan kerjasama PAS-Umno membuka mata para peminat politik dan mereka semakin memahami dasar perjuangan PAS, demikian ucapan penuh bersemangat daripada wakil daripada Perlis, Abdul Hadi Bin Hamid.

Tambah beliau, pimpinan PAS di semua peringkat perlu menjadi ‘role model’ dalam menampakkan kesungguhan parti di dalam memimpin masyarakat.

Selain itu, anak muda juga perlu didedahkan tentang permasalahan rakyat dan diberi tunjuk ajar dalam menjadikan Islam sebagai jalan penyelesaian kerana mereka adalah bakal pimpinan masa hadapan.

Ujar beliau lagi, kewujudan PASTI, SRITI, SMITI dan kolej Islam di bawah kelolaan PAS menjadi salah satu alternatif memberi pendedahan awal tentang Islam kepada segenap masyarakat.

“Persepakatan di antara PAS-Umno bukan saja membuka ruang dakwah bahkan kita melihat jumlah keahlian ahli PAS semakin bertambah hari demi hari,” kata beliau selaku perwakilan negeri Perlis di Muktamar Tahunan PAS kali ke 65 di Stadium Tertutup SUKPA, Pahang