Home Artikel PAS Perlis

PAS Perlis Bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen PRU-14

529
SHARE

ARAU : PAS Perlis akan bertanding di semua 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), demikian tegas Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Mohd Shukri Ramli.

Menurut beliau, keputusan ini dibuat berdasarkan kepada faktor kekuatan yang dimiliki oleh PAS, namun, masih tertakluk kepada keputusan daripada Majlis Syura Ulamak.

Ujar beliau lagi, PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk meletakkan calon-calonnya di kesemua kerusi sambil membayangkan mereka yang akan bertanding nanti terdiri daripada latarbelakang yang pelbagai.

“Calon-calon yang dicadangkan merangkumi pelbagai golongan termasuk golongan profesional, ulamak dan aktivis,” katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang di Kuala Sungai Padang baru-baru ini.

{jathumbnail off}