Home Kenyataan Media PAS Perlis

PAS Perlis Akur Arahan Pengoperasian Surau dan Premis Parti

350
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS

PAS PERLIS AKUR ARAHAN PENGOPERASIAN SURAU DAN PREMIS PARTI SELURUH NEGERI PERLIS

Menjunjung Titah DYTM Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang bertarikh 12 Oktober 2021 serta merujuk kepada Arahan Pematuhan Pengoperasian Masjid dan Surau di seluruh negeri Perlis bertarikh 21 Disember 2021, maka Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis(BPPNPS) akur dengan arahan tersebut.

Sehubungan dengan itu, aktiviti solat berjemaah dan kuliah selepas solat ADALAH DILARANG daripada dilaksanakan di semua premis parti berkuatkuasa serta-merta.

ISLAM MENYATUKAN UMMAH

YB MOHD SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
22 Disember 2021 | 18 Jamadil Awal 1443H