Home Artikel PAS Perlis

PAS Perlis Adakan Program Mantapkan Pengurusan Pendidikan

478
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Bagi memantapkan lagi pengurusan pendidikan sekolah-sekolah di bawah kelolaannya, Lajnah Pendidikan PAS Negeri Perlis mengorak langkah dengan menganjurkan Program Motivasi dan Inovasi Pendidikan Alaf Baru bertempat di Regency Hotel, Kangar, semalam.

Program sehari itu dihadiri oleh seramai 62 orang guru daripada tiga buah institusi iaitu Madrasah Diniah Islamiah (MADI), Sekolah Rendah Islam (SRI) At Taqwa dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan.

Matlamat utama penganjuran program tersebut adalah bagi membentuk satu pasukan mantap bagi mengurus dan menyelia sekolah-sekolah milik PAS serta membantu melengkapkan para pendidik dengan ilmu serta kemahiran tambahan berkaitan PdPc.

Dua slot pembentangan telah diadakan. Slot pertama bertajuk Motivasi dan Inovasi Pendidikan Alaf Baru, disampaikan oleh Dr Nabilah Hashim, Timbalan Pengarah Kolej Politek MARA manakala slot kedua (Pengurusan Sekolah) pula diisi oleh Puan Sarimah Ratiman dan En Azman Jab.

Majlis Penutup program disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah PAS Negeri Perlis yang juga Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.