Home Berita PAS Perak

PAS Perak meneroka lembaran baru dalam memasyarakatkan PAS

30
SHARE

PAS Perak meneroka lembaran baru dalam memasyarakatkan PAS.

Program Hari Keluarga PAS Pusat yang di adakan di dua Parlimen iaitu Bukit Gantang dan Kuala Kangsar sangat memberi makna dan meninggalkan kesan besar kepada masyarakat.

Signifikan pemilihan dua Parlimen itu kerana kedua duanya mempunyai nilai tersendiri dalam perjuangan dan sejarah PAS. Ia sangat dekat dengan perjuangan PAS dan kedua duanya adalah kawasan majoriti Melayu.

Bandar terdekat Bukit Gantang ialah Taiping. Di situ bersemadinya tokoh besar PAS Al marhum Dr Burhanudin Al Helmi. Walaupun bandar Taiping bukan lagi sebahagian Parlimen Bukit Gantang namun pengaruh Dr Burhanudin sangat di jiwai penduduk setempat. Ruh perjuangan itu terus mengalir teguh dalam perjuangan mereka.

Bukit Gantang pernah diwakili YB Dato Ustaz Idris Hj Ahmad dalam PRU ke 13 lalu. Masyarakat Melayu Bukit Gantang kebanyakannya penyokong PAS dan wujudnya sebuah Pusat pentarbiahan PAS Perak sejak dulu di Ayer Kuning.

Budaya meraikan tetamu di jelmakan dalam Hari Keluarga PAS Pusat baru baru ini. Kebanyakan pimpinan PAS di tempatkan di rumah keluarga angkat. Terserlah kemeriahan apabila anak cucu turut balik meraikan tetamu istimewa mereka termasuk jiran tetangga. Pastinya durian, cempedak dan buah buahan kampung yang masih di penghujung musim dijadikan hidangan.

Parlimen Kuala Kangsar pula adalah Bandar di Raja. Istana Iskandariah dan masjid Ubudiyyah adalah simbol kekuasaan dan kedaulatan bangsa melayu di negeri Perak. Di sini juga bersemadinya tokoh PAS Profesor Dr Zulkifli Muhammad yang sangat dihormati dalam politik negara.

Kedua dua Parlimen ini adalah kawasan tradisi Melayu yang kaya dengan sejarah dan budaya yang sangat tebal. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat Melayu di dua kawasan Parlimen ini adalah simbol ketertiban dan keunggulan warisan bangsa Melayu di bumi Perak. Mereka mempunyai ikatan yang kuat dengan Islam dan nilai perjuangan bangsa.

Jika Kuala Kangsar adalah bandar diraja dengan keagungan ketuanan Raja Raja Melayu, Bukit Gantang juga memiliki tokoh bernama Ngah Ibrahim yang kini maqamnya dipindahkan di kawasan Matang.

Kedua dua parlimen ini mesti di pertahankan demi mengekalkan ketuanan Melayu dan Islam yang di latari tradisi budaya yang di pegang teguh oleh penduduk setempat. Pilihan PAS Pusat memilih dua parlimen ini sebagai tumpuan program Hari Keluarga sudah tentu mendekatkan masyarakat yang berpegang teguh dengan agama dan budaya bangsa ini lebih mendekati PAS,yang menjadikan sendivagama dan bangsa sebagai teras perjuangannya.

Samada UMNO atau Pakatan Harapan kian jelas tidak cocok dengan penduduk Bukit Gantang dan Kuala Kangsar di sudut aspirasi perjuangan mereka. DAP pula sudah pasti langsung tidak kena mengena dengan mereka. Mustahil penduduk kedua kawasan ini merelakan agama dan budaya bangsa mereka diserahkan kepada golongan yang gagal dan tidak memperjuangkan kedaulatan mereka.

Bagi penduduk tempatan, kehadiran PAS dan berkampungnya pemimpin parti itu yang dilibatkan dalam masyarakat menyerlahkan keadaan sebenar yang terlindung oleh fitnah serta propaganda musuh PAS. Kasih telah berputik, sayang telah berbunga. Pastinya masa depan PAS di parlimen tersebut serta negeri Perak keseluruhannya bersama Perikatan Nasional akan berbuah wangi sewangi haruman durian Bukit Gantang yang terkenal pelusuk negara.