Home Artikel PAS Perak

PAS Perak Cabar ADUN DAP

1,450 views
SHARE

Ipoh: PAS Perak cabar ADUN DAP diatas tuduhan PAS diberi hak pemilikan tanah seluas 4 ekar di negeri Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji YB Chong Zhemin semasa perbahasan di sidang dun negeri perak semalam, mempersoalkan berkenaan bagaimana UMNO, MCA, Gerakan dan PAS mampu memperoleh hak pemilikan tanah di Perak semenjak tahun 2008.

Ketua Biro Ekonomi DAP Perak itu mengesahkan maklumat berkenaan diperoleh dari Pejabat Daerah (tidak dinyatakan).

Menurut maklumat yang disebut beliau UMNO memiliki 27 hak milik tanah yang kesemuanya berkeluasan 28, 709.94 meter persegi, sementara MCA memiliki 7 hak milik tanah berkeluasan 2,014.35 meter persegi manakala Gerakan pula 11 hak milik dengan tanah seluas 6,952.62 meter persegi.

Jelasnya lagi PAS turut menerima satu hak milik tanah yang berkeluasan 16,364 meter persegi bersamaan dengan 4.043632 ekar.

ADUN Gunong Semanggol YB Haji Razman Haji Zakaria bangun untuk meminta penjelasan secara spesifik, tolong nyatakan siapakah pemilik, dimanakah lokasi dan bilakah tarikh kelulusan pemilikan tanah tersebut.

Walaubagaimanapun Zhemin berkata pihaknya tidak mendapat maklumat terperinci berkenaan tarikh dan hak pemilikan tanah keempat-empat parti politik tersebut.