Home Berita PAS Wilayah

PAS Parti Bagus, Tuhan Pasti Beri Menang

3326
SHARE

BATU, 26 April – Kehadiran Ustaz Azhar Yahya, calon PAS bagi P115 Parlimen Batu pagi ini di Boulevard, Sentul Raya mendapat sambutan daripada orang ramai yang sedang berurusan di sekitar sini.

Sebaik sahaja Ustaz Azhar tiba di Restoran Nasi Kandar Hj. Sulaiman, beberapa pelanggan kedai tersebut menyapa dan bersalaman dengan beliau dan ada yang meminta untuk bergambar bersama.

“PAS parti banyak bagus. Orang yang berpegang pada agama ni orang baik. Tuhan pasti takdirkan kemenangan untuk kamu”, demikianlah kata seorang lelaki beragama Sikh yang sedang bersarapan di restoran itu memberikan sokongannya kepada Ustaz Azhar.

Beberapa pelanggan lain dan pemilik restoran tersebut turut memberikan sokongan kepada Ustaz Azhar dan memuji PAS sebagai parti yang paling berintegriti dan berprinsip berbanding parti-parti lain.