Home Berita PAS Perlis

Edaran bubur lambuk dekatkan ulamak, masyarakat

112
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 19 Okt: Program edaran bubur lambuk yang diadakan pagi tadi menjadi medan mendekatkan golongan ulamak dengan masyarakat.

Menurut Ketua Ulamak PAS Kawasan Arau, Ustaz Mohamad Nasir Nyan, fungsi ulamak bukanlah sekadar mengisi program-program ilmu malah golongan tersebut sebenarnya adalah tonggak hadapan perjuangan PAS.

“Kita ingin memadam tanggapan bahawa tempat ulamak hanya di masjid dan surau kerana hal ini menjadikan ulamak jauh dengan masyarakat serta realiti kehidupan mereka.

“Justeru, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini, kami (Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau) mengambil inisiatif untuk turun padang bertemu masyarakat dan mengagihkan bubur lambuk kepada mereka,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya lagi, seramai 350 orang penerima telah menerima bubur lambuk yang diedarkan secara percuma itu.

“Beberapa buah lokasi telah dipilih pada hari ini (untuk edaran), antaranya Warung D’Petak Paksu (Kampung Sungai Baru) dan Kedai Ust Dahalan (Kampung Padang Keria).

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amatlah baik,” katanya.