Home Berita PAS Sabah

PAS Papar rasmi pejabat baharu

1420
SHARE

Oleh: Hasbullah Baharuddin
25 November 2019

PAPAR: PAS Kawasan Papar telah mengadakan majlis perasmian pejabat baharu yang telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Haji Ahmad di sini, semalam.

Perasmian dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Papar, Abd Salim Karim.

Abd Salim dalam ucapannya menceritakan sejarah awal PAS Papar. “PAS di Papar bermula dengan pembukaan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan ketika itu hanya ada tiga orang pelajar sahaja. Alhamdulillah, pada hari ini kita mampu membuka sebuah pejabat untuk mengorak langkah lebih jauh ke hadapan”, ujar Abd Salim.

Dalam ucapan perasmian, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Haji Ahmad menzahirkan harapan agar dengan perasmian dan pembukaan pejabat ini dapat menguatkan lagi semangat ahli dan pendukung PAS untuk terus berkerja dan menyebarkan syiar Islam.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Setiausaha PAS Papar, Ustaz Mat Razali Mat Lazin dan Ketua Pemuda PAS Papar, Hendri Hamsah.