Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang sumbang RM369,632 bantu rakyat Palestine

49
SHARE

Oleh: KHAULAH AL-AZWAR

KUANTAN, 6 DIS : Sejumlah RM369,632/- berjaya disumbang PAS Negeri Pahang bagi membantu rakyat Palestine di Gaza.

Majlis penyerahan replika cek telah disempurnakan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar di Perkarangan Wisma Negeri Pahang, tengahari tadi.

Timbalan Presiden PAS, merangkap ADN Cheka, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah menerima cek tersebut mewakili NGO PAS Relief.

PAS Pahang telah melancarkan derma membantu rakyat Palestin bermula awal Oktober sehingga penghujung November 2023.

Sepanjang dua bulan ia dilancarkan, sebanyak RM369,632/- berjaya dikumpul daripada ahli serta penyokong PAS mewakili 14 kawasan parlimen seluruh negeri Pahang.

Bantuan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu penduduk mendapatkan bekalan makanan dan perlindungan memandangkan bumi Palestine kini sedang berhadapan dengan musim sejuk.

Majlis turut disaksikan Bendahari PAS Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor dan ADN-ADN daripada Perikatan Nasional (PN).

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd. Zarimi Abu Zih mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP).

Seramai 17 orang ADN daripada Perikatan Nasional (PN) kini sedang bersidang di dalam Persidangan Dewan Negeri Pahang bermula 4 Disember dan bakal berakhir 8 Disember nanti.