Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l Semarak DUN Tahan

861
SHARE

Jerantut – Alhamdulilah, program satu hari di Dun Tahan selesai dengan jayanya. Beberapa program telah diatur antara lain untuk mendekati dan merapatkan hubungan ukhuwwah dengan masyarakat di dalam Dun Tahan. Bermula dengan acara Fun Ride sejauh 35 km yang bermula seawal jam 8.30 pagi dari perkarangan Kedai Mara Felda Padang Piol yang melalui Kg. Pasir Durian, Pasir Tambang, Doja, Gajah Mati dan berakhir di Surau Imam Mustafa. Sebanyak 94 buah basikal telah menyertai acara Fun Ride kali ini yang pelepasannya telah disempurnakan oleh Ust Zuridan Mohd Daud dan Ust Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin manakala perasmiannya oleh YB Ust Rosli Abdul Jabbar di tempat penamat.

Di Felda Sg. Retang pula, acara sukaneka pelajar PASTI, sukaneka yang melibatkan ibu bapa dan pengunjung juga diadakan. Disamping pertandingan memasak berasaskan ikan Talapia dan gubahan pulut kuning turut disertai oleh kaum ibu.

Program ziarah asnaf, orang uzur dan kurang upaya juga dibuat di sekitar Chebong dan Merting yang melibatkan 20 buah rumah. Program berakhir dengan ceramah isu semasa di Kg. Tekah, Kuala Tahan yang disampaikan oleh YB Ust Rosli Abdul Jabbar selaku PJ PAS Pahang, Ust Hazmi Dibok selaku KP PAS Pahang, Ust Yohanis Ahmad selaku YDP PAS Kawasan Jerantut dan Ust Zuridan Mohd Daud Al-Teminie selaku TYDP PAS Kawasan Jerantut. Sekalung tahniah buat semua pihak yang terbabit dalam menjayakan program ini termasuk pihak PDRM.