Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l PAS Kawasan Jerantut menyantuni masyarakat Tionghua

90 views
SHARE

Jerantut – Hari ini PAS Kawasan Jerantut menyantuni masyarakat Tionghua di sekitar Sg. Jan, Sg. Lekok dan Damak sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018. Sebanyak 300 bekas pulut kuning, kad ucapan beserta angpow diedarkan di dalam program ziarah ini. Alhamdulilah, penerimaan yang baik dan sikap ramah mesra masyarakat Tionghua menggambarkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terus utuh.

Ziarah ini diketuai Ust Yohanis Ahmad selaku YDP PAS Kawasan Jerantut, UstZuridan Mohd Daud Al-Teminie selaku TYDP PAS, Ust Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan beserta pimpinan PAS Kawasan, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Muslimat PAS Kawasan Jerantut.