Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang l Biarlah Bulan Menjadi Saksi

1518
SHARE

Sejak dulu pun begitu, umno siang malam menyerang PAS, tiada parti yang paling hebat diserang melainkan PAS, siapa pun PM pada masa itu, PAS lah yang paling kerap diserang, sejarah PM yang paling kuat menyerang PAS ialah Mahadir, sehingga dah tak jadi PM pun masih lagi nyerang PAS.

Nama PAS tak pernah lekang dibibir Umno sejak dulu dan sekarang golongan yang menyerang PAS semakin bertambah, bukan sahaja dari kem umno tapi juga dari kubu ph, peluru yang datang kepada sosok PAS meluru dari pelbagai arah, gerakan memburukkan dan melemahkan PAS secara berjamaah dilakukan oleh bn/ph.

Dulu Ku Li tubuh semangat 46 dan bergabung dengan PAS, akhirnya PAS/semangat 46 dapat tawan Kelantan, bila berpecah semangat 46 entah hilang kemana, PAS tetap kekal menawan Kelantan hingga sekarang. S46 hanya tinggal nama semata, tiada sejalur belang pun yang tertinggal.

PAS putus hubungan dengan dap dalam BA kerana dap tak setuju dengan dokumen Negara Islam yang dikemukakan oleh PAS kemudian bertahaluf pula dalam PR, kini dah pun putus, namun PAS tetap terus berjuang. Ada pimpinan ph kata PAS akan hancur dan hilang dari peta politik Malaysia kalau sekiranya berpecah dengan ph.

PAS kuat kerana mereka, itu kata mereka, tapi ahli PAS tetap kata bahawa PAS kuat kerana Islam yang jadi dasarnya. Gabungan adalah strategi politik, manakala dasarnya adalah hala tuju perjuangan parti, apa jua strategi ianya mesti berjalan kearah hala tuju perjuangannya. Jangan menyimpang kearah lain selain dari Islam.

Sungkur sembam ahli PAS bantu mereka tidak lansung dihargai, dulu mereka puji sebab bantu mereka bukan sebab PAS bawa Islam, kini dah pecah, mereka hentam lah pulak, dulu puji sekarang keji, ph ni baru je pun, PAS dah kena keji sejak lebih 60 tahun dulu lagi, ph tak beranak lagi, sebahagiannya sedang duduk dalam rahim umno, kalau dengan sebab kena keji PAS boleh mati dah lama dah PAS mati.

Mahadir serang PAS pun sejak zaman dia muda, masa dia masih kuat gagah serta berkuasa, itu pun tak berjaya nak musnahkan PAS, malahan PAS semakin kuat, inikan pula waktu dia dah senja, boleh teruskan makian terhadap PAS, jadikan dia amalan tetap yang dibaca waktu pagi dan petang, siang dan malam, waktu duduk dan berdiri.

Namun fadhilatnya yang kamu perolehi ialah PAS akan semakin kuat, ahli PAS menjadi semakin bersemangat untuk menentang kamu, apatah lagi dizaman intifadhah kesedaran masyarakat terhadap Islam ini juga dizaman orang melihat hanya Islam jalan penyelesaian, semakin kamu keji PAS semakin kamu di benci.

Bulan mengambang yang berkibar diseluruh pelusuk bumi Malaysia kini adalah bukti dan saksi bahawa perjuangan PAS semakin tersebar dan hampir kepada matlamatnya, sampai masa diizinkan oleh Allah swt pasti sinarnya akan menyelubungi bumi Malaysia ini, inilah keyakinan kami, InsyaAllah.

YB Ustaz Roslu Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Pahang,

ADUN Tanjung Lumpur