Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l Apakah PAS Mampu Menang Lagi Di DUN Tanjung Lumpur

185 views
SHARE

APAKAH PAS MAMPU MENANG LAGI DIDUN TANJUNG LUMPUR DAN APAKAH PENGUNDI BUKAN ISLAM AKAN MENGUNDI PAS LAGI?

Inilah persoalan yang sering dilontarkan kepada saya oleh musuh-musuh PAS dalam komen-komen mereka samaada didalam FB ataupun dalam wassap.

Sebagai seorang muslim dan ahli PAS, pertama-tamanya saya mesti menjawapnya mengikut aspek agama terlebih dahulu sebelum menjawapnya dari sudut senario politik.

Saya tidak mungkin akan mendahului jawapan yang telah sedia ada didalam ilmu Allah swt, saya pasti samaada BN dan PH semuanya tidak boleh pasti mereka akan menang termasuklah PAS sendiri.

Kerana itu tidak pernah saya membuat kenyataan bersifat pasti bahawa PAS akan menang diTanjung Lumpur samada pada PRU 14 atau PRU yang sebelum ini termasuk PRU 13 yang telah dimenangi oleh PAS, melainkan semuanya dilapik dengan kalimah ‘InsyaAllah’.

Mungkin juga tulisan ini akan dimanipulasi kononnya ‘PAS sendiri tidak pasti samaada boleh menang atau tidak diTanjung Lumpur’, saya kira ini adalah komen yang merupakan manifestasi dari kebodohan dan kejahilan ‘melampau’.

Yang diistilahkan kemenangan bagi PAS ketika didunia dalam konteks pilihanraya ialah ‘kemenangan atau di kurniakan kuasa pemerintahan yang dapat mentadbir dan melaksanakan didalamnya sistem Islam yang adil kepada semua manusia samaada kepada golongan muslim atau bukan muslim.

Kemenangan Akhirat pula ‘di bebaskan oleh Allah swt dari azab Akhirat’, pembebasan yang hanya dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka yang beriman dan melaksanakan tuntutannya dengan melakukan amal soleh termasuk dalam bentuk gerak kerja politik.

Kemenangan inilah yang pertama-tama diburu oleh PAS sehingga ahlinya yang Istiqamah tidak henti-henti berjuang, berkorban harta dan jiwa demi menagih sokongan tanpa sedikitpun menggadaikan prinsip dasar perjuangannya.

Bersambung esok ……..

YB Ustaz Rosli bin Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Pahang,

ADUN Tanjung Lumpur