Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l AJK PAS Kawasan Parlimen Lipis Menyantuni kaum Tionghua

132 views
SHARE

Lipis – Alhamdulillah. Hari ini berkesempatan turut bersama dengan Jawatankuasa PAS Parlimen Lipis menyantuni kaum Tionghoa sempena kedatangan Tahun Baru Cina.

Keluarga kaum Tionghoa yang sempat diziarahi diberikan cenderahati berupa lemang dan rendang. Program bermula pada jam 11 pagi di bandar Kuala Lipis dan petang di pekan Benta dan Padang Tengku. Program yang diketuai oleh Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Parlimen Lipis, Ustaz Roslan Harun Al-Gildy ini adalah program tahunan yang dilakukan oleh PAS Lipis.

Perjuangan PAS adalah untuk keadilan dan kesejahteraan berlandaskan Islam untuk semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan Kelantan adalah model tersebut. Rakyat kaum belum Islam di Kelantan diberikan layanan saksama selaras dengan dasar pemerintahan bertunjangkan Islam.

PAS Teraju Pahang
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI
# Setiausaha Perhubungan
PAS Negeri Pahang
# Timbalan YDP PAS Kawasan Parlimen Lipis
20180213