Home Artikel PAS Terengganu

Kebersamaan PAS Bersama masyarakat Tionghua.

222 views
SHARE

DUNGUN- Parti Islam SeMalaysia(PAS) yang sentiasa menjaga hubungan kebersamaan dengan  masyarakat Tionghua dalam usaha untuk menyampaikan mesej Islam.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, PAS Kawasan Dungun, Puan Serena Lim Abdullah, berkata PAS juga ingin berkongsi kegembiraan dengan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama anutan mereka.

“Macam-macam aktiviti diadakan untuk memastikan hubungan yang sekian lama terjalin menjadi semakin akrab”, katanya

Beliau yang ditemui ketika sibuk membuat persiapan untuk mengedar bungkusan limau sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan diedarkan di setiap DUN di Parlimen Dungun.


Menurut  Naib Ketua Muslimat PAS Dungun lagi, selain mengedar limau di musim perayaan, lajnahnya juga telah meraikan seramai sebelas orang pelajar Tionghua yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) 2017 baru-baru ini.

“Ini sebagai memberi suntikan semangat untuk mereka terus maju jaya dalam apa saja bidang mereka”, ujar beliau lagi.

Serena yang juga berketurunan cina itu, seterusnya berkata, setiap aktiviti akan disertai oleh Ahli Parlimen Dungun, YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) PAS.

“Program ziarah pun kita pergi, baru-baru ini, ziarah mangsa langgar lari, budak oku (sydrom down umur 10tahun, pesakit strok, program anak angkat masih berjalan, kita juga ada ada mooncake”, terang beliau sambil tersenyum.

Sementara itu,  Edaran Limau dan Santuni Warga Tionghua dalam DUN Rantau Abang oleh YB Cikgu Alias Harun , ADUN Rantau Abang, hampir 60 buah kedai telah dilawati sepanjang dua hari iaitu 10 dan 11 Februari lalu.