Home Kenyataan Media PAS Pahang

PAS Pahang l Aduan Penduduk Kg Kuala Lanar Yang Tidak Diberikan Perhatian Sejak Sekian Lama

1297
SHARE

ADUAN PENDUDUK KAMPUNG KUALA LANAR YANG TIDAK DIBERIKAN PERHATIAN SEJAK SEKIAN LAMA

Aduan yang saya terima:

Assalamualaikum! Masalah Jalan Masuk ke Kg. Kuala Lanar Bawah Jalan Keretapi Mudah Tenggelam

1. Lokasi: 5km dari Bandar Kuala Lipis.

2. Parlimen: Lipis (Ahli Parlimen – Dato’ Abd. Rahman bin Mohamad).

3. DUN: Cheka (ADUN – Dato’ Foong Foo Kue).

4. Ketua Kampung: Dato’ Abdullah bin Sulaiman (Mantan ADUN Padang Tengku).

5. Kg. Yg. Terlibat: Kg. K. Lanar (Lama): Kg. Tg. Menaung, dan Kg. Tg. Sekawin.
Rumah penduduk 36 buah.

6. Prasarana yg terlibat: sebuah masjid, tanah perkuburan kubur, 2 jeti pelancongan ke Kenong Resort, sebuah padang futsal, kebun-kebun penduduk tempatan dan laluan menghantar anak-anak ke sekolah serta ambulan untuk mengambil orang sakit atau mati.

7. Masalah: Bila turunnya hujan berterusan selama 3 – 4 hari jalan ini akan tenggelam dan terputuslah perhubungan dengan kawasan luar atau bandar, masalah ini berulangan beberapa kali dalam setahun bergantung kepada kekerapan hujan sedangkan kampung lain tidak berlaku demikian.

8. Cadangan: Menambak / meninggikan tebing sungai kawasan jalan/ laluan tersebut sehingga 4 meter bagi mengelakkan dari tenggelam. (Ini adalah janji pilihan raya ADUN Cheka yang belum tertunai sejak lama)?

9. Pilihan / alternatif: Jalan ini boleh ditukar keluar ke hadapan masjid dengan syarat mendapat kebenaran KTM Bhd.

10. Kesimpulan: Dengan terlaksananya projek ini akan memudahkan urusan harian penduduk setempat dan sekitarnya, dan lain-lain urusan kemasyarakatan akan menjadi lancar seperti urusan ke masjid, menghantar orang sakit, urusan pengkebumian jenazah, pengeluaran hasil dari kebun, urusan anak-anak sekolah, urusan pelancongan dan lain-lain urusan yang berkaitan. Sekian terima kasih!

——————-

Diharapkan pihak berwajib mengambil perhatian perkara ini yang telah beberapa kali sejak beberapa tahun lagi dibangkitkan di pelbagai saluran, namun sehingga kini tidak ada tindakan.

Gambar disertakan: menunjukkan keadaan semasa di mana jalan tersebut ditenggelami air susulan hujan berterusan beberapa hari lepas. Penduduk kampung yang dipisahkan oleh jalan keretapi tidak dapat keluar untuk ke jalan utama.

ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI
TYDP PAS Kawasan Parlimen Lipis
20180104