Home Berita PAS Sarawak

Back to School: LKK DMPNS Raikan Dua Kawasan Serentak

972
SHARE

Oleh: Syaurah Fatihah binti Yusof

4 Januari 2017 – Cabaran bagi setiap ibu bapa dan penjaga pada setiap awal tahun adalah bagi mepersiapkan keperluan persekolahan anak-anak dan tanggungan. Justeru, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (LKK DMPNS) dengan kerjasama PAS Kawasan Kota Samarahan dan PAS Kawasan Batang Sadong tampil menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka dengan hasrat mempermudah pembelajaran anak-anak di tahun baru ini.

PAS Kawasan Kota Samarahan

Program Back To School ini telah berjalan dengan lancar pada 30 Disember 2017 baru-baru ini. Program ini telah dijayakan oleh Dr ‘Uyun Abdul Malek, Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Malaysia; Encik Zulkipli bin Ramzi, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Sarawak; Encik Zharudin bin Narudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak; dan Puan Habsah bin Bujang, Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Sarawak.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna, tazkirah ringkas daripada Ustaz Wan Abdillah bin Wan Ahmad, serahan bantuan persekolahan untuk 20 orang penerima serta bantuan Sekampit Beras Buat Saudaraku untuk 5 orang penerima zakat. Turut hadir memeriahkan aktiviti pemeriksaan kesihatan ialah Dr. Reen Mohd. Amin,  selaku ketua Unit Muslimat Medical Team (MUSMEDIK), salah satu unit di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM).

PAS Kawasan Batang Sadong

Dalam tazkirah yang disampaikan Ustaz Wan Abdillah, beliau mengingatkan hadirin yang hadir bahawasanya, “Islam bermula dengan dagang dan akan berakhir dengan dagang. Maka beruntunglah orang yang berdagang”. Bermaksud perjuangan umat akhir zaman amat mencabar. Islam akan tampak pelik. Beruntunglah orang yang masih membawa imej Islam dan memperjuangkannya.

Penerima bantuan menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang dihulurkan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringkankan perbelanjaan persekolahan anak-anak. Kanak-kanak yang menerima bantuan juga kelihatan amat gembira dan termotivasi untuk memulakan persekolahan sesi 2018 ini.

PAS Kawasan Batang Sadong

Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) juga amat berbesar hati dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan kehadiran ramainya para penyumbang yang sudi menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi menjayakan program ini. Selain sumbangan dari ramai individu, tidak ketinggalan Muslim Care Malaysia juga tampil menghulurkan sumbangan selaku sebuah NGO Kemanusiaan yang tidak asing lagi di Negara kita. Semoga hanya Allah yang dapat membalas semua kemurahan hati para penyumbang dengan sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat.

Siiru ‘ala barakatillah.

“Muslimat Memacu Kemenangan”

“Sejahtera Bersama Islam”

“Kamek Prihatin”

“Untukmu Sarawak”