Home Kenyataan Media PAS Pahang

PAS Pahang bertegas kuasa AP Melayu-Islam mesti bersatu pinda perlembagaan

116
SHARE

PAS PAHANG menegaskan bahawa kuasa Ahli Parlimen Melayu-Islam mesti disatukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Aireroshairi Roslan menyatakan demikan di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan media tersebut:

KENYATAAN RASMI MEDIA PAS NEGERI PAHANG
22 FEBRUARI 2024 | 12 SYAABAN 1445H

PINDA PERLEMBAGAAN AGENDA UTAMA

1. PAS PAHANG merasa kesal kerana jalan utama yang boleh digunakan ke atas pengkhianatan kepada undang-undang dan mahkamah syariah hari ini adalah dengan menggunakan kuasa legislatif Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

2. PAS PAHANG berpandangan bahawa isu ini adalah isu yang mustahak yang tidak perlu lagi diperselisihkan di kalangan ilmuwan, pengamal undang-undang mahupun ahli politik bahkan ianya tidak perlu lagi ada kata dua atau pilihan buat semua Ahli Parlimen Melayu Islam.

3. PAS PAHANG menegaskan bahawa kuasa Ahli Parlimen Melayu Islam mesti disatukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, perpecahan kuasa akan membuka lebih banyak ruang pencerobohan dan membantutkan usaha memperkasakan Institusi Undang-Undang dan Mahkamah Syariah Malaysia.

4. Semua Ahli Parlimen Melayu Islam mesti bersatu hati merentas parti demi memperjuangkan keutuhan Undang-Undang Syariah mengikut lunas undang-undang dan hak-hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sekian.

AIREROSHAIRI ROSLAN
KETUA PENERANGAN PAS PAHANG