Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS Nibong Tebal Anjur Taklimat Cukai Islam Ganti GST

563 views
SHARE

Oleh : Lea Baiduri

NIBONG TEBAL : Lajnah Penerangan PAS kawasan (LPHM) bersama Jabatan Pilihanraya DUN (JPrD) Sg Acheh telah mengadakan taklimat Ekonomi Dokumen Hijau pada 14 Januari lalu bagi memberi kefahaman yang lebih jelas dan mudah difahami khasnya kepada para Amilin peringkat PAS di kawasan Nibong Tebal.

Taklimat yang berlangsung selama dua jam bermula 9.30 malam di dewan seminar Diana Tomyam Nibong Tebal, yang disampaikan oleh ajk PAS Pusat Ustaz Dr Zaharuddin Muhammad itu turut dihadiri Yang Dipertua PAS Mohamad Ahmad.

Menurutnya, PAS akan mengantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan dua sistem cukai berlandaskan Islam jika berjaya mentadbir negara.

Justeru, Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan qias. Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi manusia keseluruhan, tetapi ia juga merupakan sistem yang menstabilkan ekonomi, khususnya keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai penjana produktivi.

Pengarah program juga ketua LPHM PAS kawasan, Nor Zamri Latiff mengharapkan agar maklumat tentang Dokumen Hijau yang berlandaskan syariat ekonomi Islam dapat disebar luas kepada masyarakat.

Meskipun ada perubahan tempat pada saat-saat akhir namun sambutan dari para peserta di setiap cawangan sangat menggalakkan dan melebihi sasaran.